Remarks
Washington, DC
September 16, 2009


September 16, 2009
Washington, D.C.

SETIAUSAHA CLINTON: Helo! Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Saya begitu gembira untuk menyambut sempurnanya bulan Ramadan dengan menyampaikan Salam Aidilfitri.

Pada 1996, saya dan suami saya berpeluang untuk menjadi tuan rumah kepada sambutan Aidil Fitri yang pertama di Rumah Putih, yang kini sudah menjadi satu tradisi. Dan pada tahun ini, saya menjadi tuan rumah Majlis Berbuka Puasa di Jabatan Negara di mana umat Islam dan bukan Islam hadir. Kami berharap ini akan menekankan kepada semua bahawa setiap agama disambut baik di Amerika Syarikat. Bagi umat Islam di seluruh dunia, sambutan Aidilfitri menandakan sempurnanya bulan suci Ramadan yang dipenuhi dengan kegiatan ibadah. Waktu renungan ini mengingati kita semua bahawa nilai-nilai Islam – memberi derma, bermasyarakat, bekerjasama, sifat belas kasihan – adalah nilai-nilai yang kita sanjungi sebagai orang Amerika dan menjadi satu pegangan di dalam budaya Amerika.

Sebagai yang dinyatakan oleh Presiden Obama di Kaherah, Amerika Syarikat mencari permulaan baru di dalam hubungannya dengan umat Islam di seluruh dunia yang berdasarkan kepentingan bersama dan perasaan saling hormat menghormati. Kami tahu ada lebih banyak yang menyatukan masyarakat yang beragama daripada yang membelah bahagikan kita.

Ketika bulan Ramadan ini berakhir, marilah kita semua berpegang kepada semangat bermasyarakat sepanjang tahun ini untuk mencapai tujuan bersama kita ke arah keamanan, kemakmuran dan kestabilan. Dan saya ingin mengucapkan tahun yang bahagia untuk semua. Terima kasih.